5,272 belia diisytiharkan muflis sejak 2020, KBS ambil langkah tangani isu

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata daripada jumlah tersebut, 5,189 individu berumur antara 25 hingga 34 tahun, manakala 83 lagi berusia di bawah 25 tahun. (Foto JAPEN)

KUALA LUMPUR – Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis dalam tempoh dari tahun 2020 hingga kini.
 
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata daripada jumlah tersebut, 5,189 individu berumur antara 25 hingga 34 tahun, manakala 83 lagi berusia di bawah 25 tahun.
 
“Trend kebankrapan dalam kalangan belia menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dengan 877 kes direkodkan, meningkat sebanyak 150 kes berbanding 727 pada tahun sebelumnya.
 
“Punca utama kes kebankrapan pada tahun ini adalah pinjaman peribadi yang menyumbang sebanyak 2,776 kes atau 46.4% daripada keseluruhan 5,977 kes bankrap, hampir 50 peratus,” katanya di Dewan Negara ketika menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead mengenai jumlah belia muflis sejak 2020.
 
Tambahnya, faktor lain yang menyumbang kepada kebankrapan belia termasuk pinjaman perniagaan (1,148 kes), pinjaman perumahan (474 kes), hutang lain-lain (463 kes), sewa beli kenderaan (444 kes) dan penjamin korporat (383 kes).
 
Bagi menangani isu ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara akan melaksanakan Kursus Literasi Kewangan Belia (Youth Financial Literacy) dari April hingga Oktober tahun ini di seluruh negara dengan sasaran 30,600 peserta menjelang 2030.
 
“Untuk tahun ini, KBS turut melaksanakan program Genta Pemerkasaan Ekonomi Belia khususnya bagi zon tengah yang mengetengahkan elemen kos sara hidup kepada peserta belia,” katanya.
 
Selain itu, Jabatan Insolvensi Malaysia juga akan terus melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu kebankrapan melalui program bersama masyarakat, outreach program, jelajah insolvensi, program literasi kewangan serta kesan kebankrapan di peringkat agensi kerajaan, swasta, pelajar dan komuniti setempat.
 
Dengan pelaksanaan program-program ini, kerajaan berharap dapat mengurangkan kes kebankrapan dalam kalangan belia dan meningkatkan kesedaran kewangan di kalangan generasi muda.
BACA JUGA:  Jalur Gemilang simbol perpaduan, maruah dan jiwa Malaysia
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...