Sabtu | 10/10/2026 | 7:00:08 am
HomeNasionalKelantan isytihar Ahad cuti peristiwa, 9,000 penjawat awam terima bantuan khas RM500

Kelantan isytihar Ahad cuti peristiwa, 9,000 penjawat awam terima bantuan khas RM500

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan Ahad ini (30 Mac) sebagai cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidilfitri bagi memberi kelonggaran kepada rakyat, terutama perantau, untuk pulang ke kampung lebih awal.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

“Cuti ini diharap dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas sehari sebelum perayaan dan memberi peluang kepada rakyat untuk merapatkan silaturahim bukan sahaja dalam kalangan ahli keluarga tetapi juga sahabat handai,” katanya.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 10 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|