Serangan siber KLIA: Ribuan penumpang terkandas, operasi terganggu lebih 10 jam

KUALA LUMPUR – Serangan siber yang menyasarkan sistem utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mengakibatkan gangguan operasi selama lebih 10 jam pada Ahad, menyebabkan ribuan penumpang terkandas dan penerbangan tergendala.

Menurut laporan New Straits Times (NST), serangan tersebut telah menjejaskan pelbagai sistem penting, termasuk pengendalian bagasi, sehingga memaksa kakitangan lapangan terbang dan syarikat penerbangan beralih kepada kaedah manual bagi memastikan operasi dapat diteruskan.

Laporan itu turut memetik sumber yang mendakwa serangan ini bercanggah dengan kenyataan terdahulu daripada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang menegaskan bahawa insiden tersebut tidak menjejaskan operasi KLIA.

“Siasatan awal menunjukkan pencerobohan siber ini telah mengganggu sistem kritikal KLIA, menyebabkan gangguan berpanjangan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum mengesahkan bentuk serangan atau mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab,” kata sumber tersebut.

Gangguan ini dikatakan turut memberi kesan kepada jadual penerbangan dengan kelewatan ketara dilaporkan sepanjang hari.

Masalah ini diperburuk dengan ketiadaan sistem sandaran yang mencukupi, menyukarkan usaha pemulihan sistem dengan cepat.

Seorang sumber industri penerbangan pula mendedahkan bahawa papan maklumat penerbangan mengalami gangguan secara berselang-seli selama dua hari sebelum kembali beroperasi seperti biasa.

“Kami tidak boleh menafikan kesannya.
Ribuan orang menyaksikan sendiri bagaimana papan maklumat penerbangan tidak berfungsi,” katanya.

Setakat ini, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti dalang di sebalik serangan ini serta langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.

BACA JUGA:  Lapan ditahan polis kes pukul beramai-ramai, mangsa terima sembilan jahitan
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...