Jumaat, 7 Ogos 2026
IKLAN PTPTN

Cabutan Prime Bonanza

Simpan SSPN Prime & rebut hadiah menarik.

Sertai →
MahkamahIsmail Sabri didakwa pagi ini

Ismail Sabri didakwa pagi ini

KUALA LUMPUR – Siasatan berprofil tinggi yang mengaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan isu pengisytiharan harta dijangka memasuki episod baharu apabila Ahli Parlimen Bera itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi ini. 

Berdasarkan semakan menerusi sistem mahkamah, Ismail Sabri dijadualkan dihadapkan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Difahamkan, prosiding berkenaan melibatkan isu pengisytiharan harta, namun butiran pertuduhan yang akan dikenakan terhadap beliau masih belum didedahkan setakat ini. 

Sebelum ini, Ismail Sabri telah beberapa kali hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung pengisytiharan harta yang dikemukakan kepada suruhanjaya itu sebagai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan. 

Dalam perkembangan berkaitan, siasatan SPRM sebelum ini turut membawa kepada rampasan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta sitaan 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Rampasan tersebut dilakukan ketika operasi penggeledahan di beberapa lokasi termasuk kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan “rumah selamat”, susulan siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-