Keluarga Kristian teruja sambut Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Seorang wanita mencuri perhatian netizen apabila berkongsi kisah lucu tentang ibunya yang mengejutkannya dari tidur untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri, walaupun keluarganya beragama Kristian.

Menerusi video di TikTok dengan akaun pipipipiww, wanita tersebut memaparkan suasana keluarganya mengemas rumah, menyediakan makanan hari raya, serta menyusun biskut di ruang tamu seolah-olah menyambut Aidilfitri.

\”Raya hari pertama. Mak saya kejut dan suruh kita kemas rumah, susun biskut raya dan dia pula sediakan makanan raya. Keluarga kami Kristian.

\”Bukannya ada tetamu nak datang rumah,\” katanya berseloroh dalam video berkenaan.

Wanita itu turut berkongsi hidangan yang disediakan, antaranya ketupat, nasi dan mi sup, yang menambah kemeriahan suasana seolah-olah mereka benar-benar meraikan Aidilfitri.

Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada netizen, termasuk rakyat Malaysia bukan Islam yang turut berkongsi pengalaman mereka menyambut Aidilfitri dengan cara tersendiri.

\”Suami saya siap beli bunga api sekotak. Saya duduk dapur saja masak lemang dan ketupat lepas balik dari gereja semalam,\” komen seorang pengguna, M.Arlooo.

\”Kawan pejabat saya India, tapi dia borong kuih raya kalah kami yang Melayu,\” kata seorang lagi netizen, vwxyz.

Sementara itu, ramai yang tersentuh melihat semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, yang walaupun berlainan agama, tetap berkongsi kegembiraan dalam menyambut perayaan bersama.

\”Seronok dan terharu tengok yang bukan Islam pun sambut hari raya. Selamat Hari Raya semua,\” ujar seorang pengguna, yin.

Kisah ini membuktikan bahawa keharmonian dan semangat muhibah terus subur dalam kalangan rakyat Malaysia, di mana perayaan bukan hanya untuk satu kaum, tetapi diraikan bersama sebagai satu keluarga besar.

BACA JUGA:  Minuman jagung curi tumpuan jemaah masjid di UK
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...