Kereta terbakar selepas langgar pokok

MIRI – Seorang pemandu dan penumpangnya terselamat dan hanya mengalami kecederaan selepas kereta yang dinaiki mereka melanggar sebatang pokok sebelum terbakar dalam kejadian petang Isnin lalu berhampiran lampu isyarat Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau, di sini.

Dalam kejadian tersebut, kereta yang dipandu oleh Muhd Nursyafik Ramli, 31, terbabas lalu melanggar sebatang pokok di tepi jalan, menyebabkan kenderaan itu terbakar sehingga 90 peratus.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak dalam kenyataannya memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.33 petang sebelum menghantar lapan anggota bersama sebuah jentera pemadam api ke lokasi kejadian.

\”Anggota bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula pam jentera serta sumber air dari tangki jentera sehingga api padam sepenuhnya. Operasi tamat pada jam 6.10 petang,\” menurut kenyataan itu.

Komander Operasi melaporkan bahawa kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Muhd Nursyafik mengalami kecederaan di bahagian dada, manakala penumpangnya, Nurnatasha Abdullah, 32, mengalami patah kaki. Pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar kemalangan tersebut.

BACA JUGA:  Sabronzo didakwa kahwini DJ Dash Berlin, peminat ucap tahniah
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...