Nas-T kekal diet demi watak Keluang Man

PUCHONG – Pelakon Nas-T tetap meneruskan diet ketatnya walaupun ketika menyambut Hari Raya demi memastikan tubuhnya kekal sesuai untuk watak dalam filem Keluang Man.

Menurut pemilik nama penuh Nas Muammar Zar Nasruddin itu, dia masih menikmati juadah raya tetapi dalam kuantiti yang sangat terhad.

“Meskipun raya, saya tetap diet.
Saya makan sikit-sikit sahaja juadah raya sebab rugi kalau tak makan makanan tradisi, tapi saya tak boleh ambil secara berlebihan,” katanya.

Antara makanan kegemarannya pada Hari Raya ialah rendang dan lemang, namun dia mengakui kedua-duanya tinggi lemak dan perlu dikawal pengambilannya.

Untuk menjayakan watak Keluang Man, Nas-T nekad meninggalkan nasi sepenuhnya dan mengamalkan diet tinggi protein.

“Sebelum ini memang saya jaga diet, tetapi bila bawa watak Keluang Man, saya langsung tak boleh ambil nasi.
“Sut dan topeng yang saya pakai menampakkan bentuk rahang, jadi saya perlu memastikan badan kekal dalam bentuk ideal,” ujarnya.

Pelakon filem Kami itu telah memberikan komitmen hampir setahun untuk memastikan dirinya bersedia membawakan watak adiwira ikonik Malaysia tersebut.

Filem Keluang Man, yang diadaptasi daripada siri animasi popular 1990-an, menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang serta di lokasi yang sinonim dengan animasi itu, iaitu Kluang, Johor.

Karya terbitan Astro Shaw itu dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada Mei depan.

BACA JUGA:  Fizz Fairuz umum tinggalkan Suria FM, tamatkan tugas \'dj\' mahu fokus jaga anak
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...