Bayi lima bulan meninggal bawah jagaan pengasuh

ISKANDAR PUTERI – Seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah pusat jagaan di Kangkar Pulai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumaresan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa berusia 31 tahun kira-kira jam 4.24 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak sedarkan diri ketika dikejutkan daripada tidur oleh pengasuh wanita warga tempatan berusia 34 tahun.

Bayi tersebut kemudian segera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, namun disahkan telah meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kumaresan, hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas bayi itu mendapati tiada sebarang kesan kecederaan luaran pada tubuh mangsa.

“Punca kematian masih dalam siasatan dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR) dan turut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” jelasnya.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali, sekiranya disabit kesalahan kerana menganiaya, mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.

Tambahnya, siasatan lanjut masih diteruskan bagi menentukan sama ada terdapat unsur kecuaian atau pengabaian dalam kes ini.

BACA JUGA:  Bendera lambang kedaulatan negara, tidak boleh dipersendakan – Agong
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...