Aminuddin Harun pertahan jawatan Ketua Cabang PKR Port Dickson

PORT DICKSON – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Port Dickson dalam Pemilihan PKR 2025, setelah menewaskan pencabarnya, Datuk M Ravi dengan majoriti selesa.

Naib Presiden PKR itu mencatatkan kemenangan penggal kedua apabila memperoleh 2,147 undi, manakala Ravi, yang juga bekas Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR dan bekas Timbalan Speaker Negeri Sembilan, hanya meraih 1,098 undi.

Berdasarkan data rasmi, seramai 3,974 ahli cabang PKR Port Dickson layak mengundi pada pemilihan kali ini. Keputusan ini menunjukkan peningkatan ketara dalam jumlah undi yang diperoleh Aminuddin berbanding pemilihan terdahulu, di mana beliau mendapat 1,129 undi, manakala Ravi menerima 951 undi.

Ravi yang pernah menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung dan menjawat jawatan dalam cabang sejak tahun 1999, dilihat gagal menggugat kedudukan Aminuddin kali ini.

Dalam perkembangan berkaitan, ADUN Seri Tanjung, G Rajasekaran turut mencatatkan kemenangan bergaya apabila menewaskan Mohd Ibrahim Khan Amanulla Khan untuk jawatan Naib Ketua Cabang Port Dickson. Rajasekaran meraih 2,412 undi, jauh meninggalkan pencabarnya yang memperoleh hanya 180 undi.

BACA JUGA:  \"Terima kasih aturkan Kiky dalam hidup saya\", kucing kesayangan Najib sudah tiada
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...