Nama Tun Abdullah dicadang untuk MRSM Kepala Batas – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan agar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas dinamakan semula sebagai MRSM Tun Abdullah Badawi bagi mengenang jasa dan sumbangan bekas Perdana Menteri kelima itu.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Instagram rasmi beliau, Asyraf menyatakan hasrat untuk mendapatkan persetujuan daripada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara tersebut.

“Sebagai mengenang jasa Almarhum Pak Lah, saya akan mendapatkan persetujuan YAB Menteri KKDW Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menamakan MRSM Kepala Batas kepada MRSM TUN ABDULLAH BADAWI,” tulis beliau.

Cadangan ini hadir susulan pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Ahad lalu (13 April 2025) pada usia 85 tahun. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur akibat komplikasi kesihatan yang telah lama dihidapi. Jenazah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan penghormatan negara.

Tun Abdullah, yang mesra dikenali sebagai “Pak Lah”, merupakan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 2003 hingga 2009, dan juga Ahli Parlimen Kepala Batas selama lebih tiga dekad. Kepimpinannya yang berteraskan prinsip Islam Hadhari dan pendekatan sederhana telah meninggalkan impak besar dalam sejarah pentadbiran negara.

MRSM Kepala Batas yang terletak di Pulau Pinang mula beroperasi pada tahun 2010 dan kini menempatkan ratusan pelajar daripada pelbagai latar belakang. Maktab ini terkenal dengan pencapaian akademik serta kokurikulum yang cemerlang, sejajar dengan aspirasi MARA untuk melahirkan pelajar bumiputera yang berdaya saing di peringkat global.

BACA JUGA:  Mayat reput tergantung cetus misteri di ladang kelapa sawit

Cadangan penamaan MRSM sempena nama Allahyarham Tun Abdullah disambut baik oleh warganet, yang rata-rata bersetuju bahawa ia merupakan penghormatan yang wajar diberikan kepada tokoh negara yang banyak berjasa kepada pembangunan pendidikan dan kemajuan negara.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...