Tarikh tutup permohonan UPUOnline lepasan SPM dilanjutkan hingga 12 April 2026

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan tarikh permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2026/2027 bagi Fasa Lepasan SPM melalui UPUOnline dilanjutkan dari 23 Mac 2026 kepada 12 April 2026.

Pengumuman ini dibuat susulan keputusan peperiksaan SPM 2025 diumumkan pada 9 Mac 2026. Bagi calon Lepasan SPM yang masih belum membuat permohonan, pembelian No. Pin UPUOnline boleh dilakukan di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM 10.60. No. Pin diperlukan untuk mengemukakan permohonan dalam talian.

“Bagi calon-calon Lepasan SPM yang masih belum membuat permohonan, pembelian No. Pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengemukakan permohonan dengan harga RM 10.60 (termasuk cas perkhidmatan). Kaedah bayaran No. Pin UPUOnline di BSN adalah melalui 387 Kaunter Cawangan BSN, 843 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN. BSN akan mengeluarkan No. Pin UPUOnline beserta salinan resit pembayaran. Sila pastikan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian disimpan untuk rujukan”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdapat sebanyak 363 program pengajian ditawarkan untuk Lepasan SPM dan 1,146 program untuk Lepasan STPM/Setaraf oleh Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi seluruh negara.

Calon disarankan membuat permohonan lebih awal, mengesahkan permohonan dengan menekan butang “Saya Setuju” dan menyimpan slip permohonan sebagai bukti.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya atau melalui emel upu@mohe.gov.my. – MYBERITA

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: Mayat 13 mangsa nahas dibawa ke hospital Ipoh, dua lagi di hospital Gerik
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...