Tuduh \’gila kuasa\’, mahasiswa Pahang tuntut KMUM dan portal berita mohon maaf terbuka

SUNGAI NIBONG – Majlis Mahasiswa Anak Pahang Universiti Sains Malaysia (MAMPAN USM) hari ini membuat laporan polis terhadap portal The Merdeka Times dan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah dan mengelirukan berkaitan isu pencerobohan tanah haram di Raub, Pahang.

Menurut Yang Dipertua MAMPAN USM, Mohamed Azrin Samah, kenyataan tersebut bukan sahaja tidak benar, malah berpotensi mencetuskan kekeliruan serta ketegangan dalam kalangan masyarakat, khususnya apabila tuduhan berat seperti kerajaan negeri “gila kuasa” dan penyalahgunaan kuasa turut dinyatakan.

“Kami kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan, terutama tuduhan yang mengaitkan kerajaan negeri dengan dakwaan ‘gila kuasa’. Itu adalah kenyataan yang sangat biadab dan tidak bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui MYBERITA selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong, malam tadi.

Tambahnya, isu pencerobohan tanah haram di Raub adalah isu penguatkuasaan undang-undang dan bukannya isu politik seperti yang cuba ditonjolkan oleh sesetengah pihak.

“Agensi kerajaan negeri hanya menjalankan tugas berdasarkan keputusan mahkamah. Justeru, kami menuntut tiga perkara utama: pertama, agar KMUM dan The Merdeka Times menarik balik kenyataan terbabit; kedua, memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri dan rakyat Pahang; dan ketiga, menghentikan penyebaran kenyataan berunsur fitnah serta mengelirukan,” tegasnya.

Beliau turut menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang semasa pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri Pahang pagi tadi, yang menekankan kepentingan menyelesaikan isu berkenaan secara tegas dan tuntas.

Katanya lagi, jika perkara ini tidak diselesaikan dengan baik, tindakan susulan akan diambil dan pihaknya memberi amaran keras agar tiada pihak memanipulasi atau mempolitikkan isu tanah negeri Pahang.

“Kami akan terus berdiri teguh mempertahankan maruah negeri dan rakyat Pahang,” katanya.

Terdahulu, portal The Merdeka Times telah menyiarkan sebuah laporan bertajuk “Kebun Durian: Persatuan Pelajar Universiti Kecam Tindakan Kerajaan Pahang, Dakwa Salah Guna Kuasa” pada 14 April lalu, yang memetik kenyataan KMUM mengecam tindakan penguatkuasaan oleh kerajaan negeri Pahang di Raub. Laporan itu mencetuskan reaksi hangat dalam kalangan rakyat Pahang dan warganet yang menganggap kenyataan tersebut sebagai tidak berasas serta berunsur campur tangan luar terhadap isu tempatan.

BACA JUGA:  Polis tahan suspek pukul pemandu wanita sehingga lebam tulang rusuk

Susulan itu, MAMPAN USM tampil membuat laporan polis dan mendesak supaya semua pihak yang terlibat menarik balik kenyataan serta memohon maaf secara terbuka, demi menjaga keharmonian dan maruah negeri Pahang.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...