Terengganu ‘follow’ Kelantan, umum cuti tambahan Khamis ini

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengikut jejak langkah Kelantan apabila mengisytiharkan Khamis ini sebagai cuti kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mohd. Azmi Mohamad Daham berkata, keputusan itu dipersetujui oleh kerajaan negeri bagi memberi peluang kepada rakyat membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Menurut beliau, kerajaan negeri turut mengekalkan 23 Mac ini sebagai hari kelepasan am negeri seperti yang telah diwartakan sebelum ini.

“Kerajaan negeri Terengganu bersetuju untuk mengisytiharkan 19 Mac bersamaan 29 Ramadan sebagai cuti hari kelepasan am sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Hari kelepasan am negeri pada Isnin, 23 Mac ini juga dikekalkan mengikut Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada Khamis ini bagi menentukan tarikh 1 Syawal sama ada jatuh pada Jumaat atau Sabtu.

Pengumuman tersebut dijangka memudahkan orang ramai khususnya yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. – MYBERITA

BACA JUGA:  \"Saya pun naik darah banyak orang ceroboh tanah...\" - Al-Sultan Abdullah
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...