Lebih 500 pelajar Pahang USM terima air bersih menjelang gangguan bekalan air esok

PULAU PINANG – Seramai lebih 500 pelajar anak Pahang yang menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) di negeri ini menerima sumbangan sebanyak lebih 4,000 botol air mineral sebagai persediaan menghadapi gangguan bekalan air di Pulau Pinang yang dijangka bermula esok, 25 April.

Sumbangan ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Anak Pahang dan Perkumpulan Siswa Siswi Pahang Darul Makmur (PERDAMA) dalam usaha menjaga kebajikan pelajar anak negeri yang menuntut di perantauan.

\"\"
Sumbangan ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Anak Pahang dan Perkumpulan Siswa Siswi Pahang Darul Makmur (PERDAMA) dalam usaha menjaga kebajikan pelajar anak negeri yang menuntut di perantauan.

Yang Di-Pertua PERDAMA, Mohamed Azrin Samah, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menjayakan usaha tersebut, terutama Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

“Terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Menteri Besar Pahang serta Pengarah Sekretariat Mahasiswa Anak Pahang, YH Dato\’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin atas sokongan yang sangat bermakna ini. Inisiatif ini bukan sekadar bantuan logistik, tetapi juga bukti prihatin kerajaan negeri terhadap nasib pelajar-pelajar Pahang di USM,” katanya.

Menurut beliau, agihan air akan dilaksanakan bermula pagi esok, 25 April secara berperingkat melibatkan dua kampus utama USM iaitu Kampus Induk di Gelugor dan Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal.

Media sebelum ini melaporkan, gangguan bekalan air di seluruh Pulau Pinang itu dijangka berlangsung selama 24 hingga 60 jam susulan kerja-kerja penyelenggaraan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

BACA JUGA:  Harimau Malaya tarik diri CAFA 2025
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com