Penafian Israel terhadap krisis Gaza tidak masuk akal – PM Australia

0
209

CANBERRA – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menyifatkan penafian Israel berhubung kebuluran yang berlaku di Gaza sebagai sesuatu yang “tidak dapat diterima akal”.

Dalam satu mesyuarat Parti Buruh yang dipimpinnya di Canberra pada Selasa, beliau secara terbuka mengkritik kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Israel di Australia, Amir Meron yang mendakwa tiada krisis kebuluran di Gaza.

“Dakwaan bahawa tiada kebuluran di Gaza adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal,” tegas Albanese seperti dilaporkan agensi berita Xinhua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here