PSA terima 1,010 pelajar baharu, catat peningkatan pendaftaran 104 peratus

KONGSI

SHAH ALAM – Seramai 1,010 pelajar baharu berjaya mendaftar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) bagi sesi pengajian 2025/2026 sekaligus mencatat peningkatan ketara hampir 1.04 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pengarahnya, Zainah Rujihan berkata, jumlah itu dijangka terus meningkat dalam tempoh seminggu atau dua minggu akan datang berikutan penerimaan pelajar rayuan yang masih berjalan.

“Kita jangkakan nanti pendaftaran pelajar baharu akan melebihi 104%. Ini menunjukkan semakin ramai lepasan SPM berminat menyambung pengajian di politeknik. Ia satu peningkatan yang sangat ketara,” katanya ketika ditemui MYBERITA pada Majlis Penutup Minggu Transformasi Siswa (MTS) di sini, pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN