Lapan termasuk \’Bella\’ mengaku bersalah pukul, ugut bunuh pemuda

JOHOR BAHRU – Tujuh lelaki dan seorang wanita dikenali sebagai \’Bella\’ mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini, atas pertuduhan memukul, mengurung dan mengugut bunuh seorang pemuda, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Aqmal Hafifi Mustafa Kamal, 25; Ahmad Rushdi Jumadi, 23; Muhammad Nur Shafiq Abdullah, 25; Muhammad Haikal Zulkarnain, 19; Mohamad Amierul Hakim Shamsuri, 23; Mohamad Danish Hakim Kamaruddin, 20; Syamsul Hamiziey Saiful Razali, 19; serta Nuredrianna Balqqisyh Anabella Norazman, 22, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka bersama dua lagi individu yang masih bebas, didakwa mengurung, melakukan ugutan jenayah bunuh, serta melakukan pemerasan terhadap Muhammad Faris Syahmi Mohd Rizwan, 22, sehingga mangsa dipaksa membayar RM650 dan menyerahkan kunci motosikalnya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 506, Seksyen 384, Seksyen 323 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Ab Latif bersama Timbalan Pendakwa Raya, Nik Noratini Nik Azman dan Nur Fatihah Mohd Nizam. Sementara itu, kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norfarahin Mohd Yazid dan T Nadarajan.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan. Bagaimanapun, peguam bela merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan atas faktor kemampuan anak guam masing-masing.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan keseluruhan sebanyak RM16,000 terhadap tujuh lelaki, manakala \’Bella\’ dikenakan jaminan sebanyak RM14,000, masing-masing dengan seorang penjamin. Mahkamah turut menetapkan 3 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada Selasa lalu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang pemuda dipukul secara beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Plentong Baru, di sini. Video berdurasi antara satu hingga dua minit itu menunjukkan mangsa dalam keadaan lemah dan tidak melawan, dipukul bertubi-tubi oleh kira-kira lima hingga tujuh individu.

BACA JUGA:  Guru maut nahas bertembung lori

Akibat kejadian tersebut, mangsa yang berasal dari Kluang mengalami kecederaan serius termasuk tiga jahitan pada bibir, enam jahitan di telinga kiri serta bengkak pada beberapa bahagian badan.

Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...