Kerajaan negeri lancar \”Beras Melaka\”, dijual RM26 sekampit

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka melancarkan beras putih tempatan pertama yang dikenali sebagai Beras Melaka, yang mula dipasarkan sejak 26 April lalu.

Beras tempatan itu dijual pada harga RM26 bagi setiap kampit 10 kilogram dan hanya boleh didapati di pasar tani serta pusat jualan barangan agro seluruh negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pengeluaran fasa pertama itu adalah hasil tuaian padi varieti MR297, sebagai inisiatif kerajaan negeri bagi meningkatkan hasil padi tempatan dan mengurangkan kos sara hidup pesawah.

“Inisiatif ini juga dilaksanakan bagi mengatasi masalah bekalan benih MR297 yang terhad, sekali gus menjamin keterjaminan makanan negeri,” katanya ketika melancarkan Beras Melaka di Seri Negeri, di sini hari ini.

Projek berkenaan dikendalikan pasukan khas yang terdiri daripada Jabatan Pertanian negeri, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pertubuhan Peladang Negeri (PPN).

Menurut beliau, projek itu bermula dengan kerja-kerja baik pulih sistem saliran dan perataan tanah pada 26 September tahun lalu, sebelum proses penanaman benih padi MR297 dijalankan.

Penuaian hasil bermula 20 Januari lalu dan pengedaran dikendalikan oleh PPN Melaka serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri.

Sementara itu, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, untuk fasa pertama, pembelian Beras Melaka dihadkan kepada satu kampit bagi setiap keluarga.

“Beras ini hanya boleh dijual kepada warga tempatan.

Pembeli juga diminta membawa kad pengenalan untuk tujuan pemeriksaan, sekiranya perlu,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri juga telah mengarahkan semua peniaga supaya mengehadkan jualan hanya kepada rakyat Malaysia.

BACA JUGA:  ASEAN akan berunding isu tarif bersama Trump

Beras Melaka boleh didapati di enam pasar tani anjuran FAMA di Alor Gajah, Masjid Tanah, Lubok China, Merlimau, Jasin dan Selandar serta di Agrobazar Kedai Rakyat, Program Jualan Agro MADANI dan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR).

Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...