Akui sedang kenal hati budi, soal kahwin belum sedia beritahu – Dayang

KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor tanah air, Dayang Nurfaizah memilih untuk tidak memberikan sebarang kepastian berhubung spekulasi kononnya dia bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang rakan seindustri.

Bagaimanapun, Dayang, 44, mengakui dirinya kini sedang rapat dan dalam proses mengenali seseorang secara lebih mendalam.

“Saya tak mahu terlalu memberi harapan atau menafikan desas-desus yang timbul. Apa yang boleh saya kongsikan, ya, saya sedang berkawan rapat dengan seseorang ketika ini.

“Cuma untuk soal perkahwinan, biarlah masa menentukan. Sejujurnya, saya serahkan segala urusan jodoh kepada Allah. Saya percaya, setiap wanita tentu mengimpikan kehidupan berumah tangga,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Konsert MeleTOP TVS di Bukit Jalil, pada Selasa.

Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu turut menyifatkan mungkin andaian mengenai status perhubungannya mula timbul disebabkan oleh tajuk lagu terbarunya.

“Mungkin sebab lagu raya saya bertajuk Jodoh Di Hari Raya, ramai yang mula membuat andaian,” katanya sambil tersenyum.

Ketika diasak mengenai identiti individu istimewa tersebut, Dayang lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan secara terbuka, meskipun ramai dalam kalangan peminat membuat spekulasi bahawa insan tersebut merupakan rakan duetnya sendiri.

Terdahulu, khabar angin tentang dua figura popular yang dikatakan sedang merancang untuk berkahwin mula hangat diperkatakan dalam kalangan rakan-rakan industri seni. Namun begitu, kedua-duanya dipercayai sudah lama menjalinkan hubungan secara tertutup dan bijak menjaga privasi masing-masing.

Dalam perkembangan lain, Dayang bakal menghiburkan peminat di Konsert MeleTOP TVS yang dijadual berlangsung pada 17 Mei ini di Stadium Tertutup Miri, Sarawak.

Beliau akan berkongsi pentas bersama barisan penyanyi popular seperti Hael Husaini, Nadeera Zaini, Marsha Milan, Stacy, Mimi Fly, Hafiz Suip, Noki, Namie, Dolla dan kumpulan Floor 88.

BACA JUGA:  1,700 maut dalam gempa bumi Myanmar, usaha menyelamat diteruskan

Acara tersebut akan dikendalikan oleh pengacara terkenal Nabil Ahmad, Sherry Alhadad dan Hawa Rizwana, selain pengacara TVS seperti Ghaz Zawawi, Cheryl Toh dan Fattah Bolh.

Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...