Kanak-kanak lemas terperangkap lima jam dalam van sekolah

ISKANDAR PUTERI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai lemas akibat terperangkap hampir lima jam di dalam sebuah van sekolah dalam kejadian menyayat hati di Taman Bukit Indah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari, sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa menaiki van berkenaan dari rumahnya untuk ke sebuah tadika berhampiran sekitar pukul 7 pagi. Pemandu van kemudiannya menurunkan beberapa kanak-kanak di hadapan tadika tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi namun tidak menyedari bahawa mangsa masih berada di dalam kenderaan.

“Mangsa dipercayai tertinggal dalam van selepas pemandu menurunkan kanak-kanak lain. Mangsa hanya ditemui semula kira-kira pukul 12 tengah hari dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Susulan kejadian itu, polis menahan pemandu van berkenaan yang berusia 56 tahun di kawasan Taman Bukit Indah kira-kira pukul 2.40 petang, semalam.

“Hasil semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga menunjukkan negatif dadah,” katanya.

Pemandu terbabit kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, iaitu kesalahan mengabaikan dan bertindak cuai terhadap kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian.

BACA JUGA:  Cuti Aidilfitri jadi punca lonjakan kes HFMD
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...