Persiapan LIMA\’25 diuji, pesawat pejuang tergelincir ketika latihan

KEPALA BATAS – Sebuah pesawat pejuang Hawk 208 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan tergelincir dari landasan ketika cuba mendarat di Pangkalan Udara Kepala Batas, petang tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 5 petang itu dipercayai berlaku semasa pesawat terbabit menjalani latihan penerbangan intensif sebagai persiapan menghadapi Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA \’25), yang dijadual berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.

Setakat ini, TUDM masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.

Sementara itu, Malaysia Airports memaklumkan bahawa landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan pesawat dan pembersihan dijalankan.

“Penutupan ini bertujuan memastikan keselamatan semua operasi penerbangan dan dijangka berterusan sehingga jam 10.30 malam ini,” menurut kenyataan tersebut.

Notis kepada Juruterbang (NOTAM) telah dikeluarkan, dan pihak berkuasa menasihati penumpang, termasuk jemaah haji yang dijadualkan berlepas dari LTSAH, supaya merujuk kepada syarikat penerbangan atau Lembaga Tabung Haji bagi maklumat terkini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan memaklumkan perkembangan selanjutnya setelah landasan disahkan selamat untuk dibuka semula.

BACA JUGA:  30 jurugambar jalanan KLCC dikompaun, tawar perkhidmatan tanpa kebenaran
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...