Tayangan awal Ejen Ali The Movie 2 serentak di sembilan lokasi GSC 18 Mei ini

KUALA LUMPUR – Peminat setia Ejen Ali bakal diberi peluang eksklusif untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan Ejen Ali The Movie 2 menerusi tayangan awal khas yang akan berlangsung serentak di sembilan lokasi terpilih seluruh negara pada 18 Mei ini jam 11:00 pagi.

Inisiatif tayangan istimewa ini merupakan hasil kerjasama antara WAU Animation, Primeworks Studios, dan Golden Screen Cinemas (GSC), sebagai usaha berterusan untuk meraikan karya animasi tempatan yang mendapat sambutan hangat sejak filem sulungnya ditayangkan.

Dengan harga tiket hanya RM40, penonton bukan sahaja dapat menikmati filem animasi yang dinanti-nantikan ini lebih awal daripada tayangan rasmi, malah turut menerima satu lencana butang eksklusif Ejen Ali The Movie 2 serta set kombo popcorn bersaiz sederhana.

Antara lokasi GSC terpilih yang menawarkan tayangan serentak ini termasuk GSC Mid Valley Megamall, KL East Mall, MyTOWN di Kuala Lumpur, Setia City Mall di Setia Alam, IOI City Mall di Putrajaya, AEON Bandaraya Melaka, Aman Central di Alor Setar dan East Coast Mall, Kuantan.

Menambahkan lagi keterujaan, peminat juga boleh menikmati tayangan dalam suasana mewah di Aurum Theatre, The Exchange TRX, dengan dua slot khas pada jam 11:00 pagi dan 1:30 petang. Bagi setiap tiket berharga RM40 di sini, penonton akan menerima rantai kunci eksklusif, tiket tayangan serta hidangan snek dan minuman. Tayangan ini turut dimeriahkan dengan kemunculan maskot Ejen Ali serta para pelakon suara, menjadikan pengalaman menonton lebih istimewa dan interaktif.

Dalam satu kenyataan media, pihak penganjur turut mengajak peminat cosplay untuk hadir lengkap dengan gear MATA bagi memeriahkan tayangan awal ini. Ia dilihat sebagai misi eksklusif buat komuniti peminat Ejen Ali yang sentiasa menyokong karya tempatan.

BACA JUGA:  Peguam harap JSJ Bukit Aman bongkar punca kematian Zara Qairina

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, orang ramai boleh melayari laman web rasmi GSC atau memuat turun aplikasi mudah alih GSC.

Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...