Siti Nurhaliza syukur ibu selamat berangkat tunaikan haji

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila ibunya yang tercinta, Siti Salmah Bachik telah selamat berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji, pagi tadi.

Menerusi satu hantaran di Instagram, penyanyi berusia 46 tahun itu memaklumkan bahawa ibunya berangkat bersama sahabat serta rombongan jemaah haji yang diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji.

“Alhamdulillah, subuh tadi Mak Salmah berangkat menunaikan fardu haji. Mak pergi bersama sahabat dan jemaah haji daripada Tabung Haji. Syukur, segala urusan beg dan pendaftaran berjalan lancar. Terima kasih Lembaga Tabung Haji,” tulis pelantun lagu Seribu Kemanisan itu.

Dalam hantaran sama, Siti turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan dan keselamatan ibunya serta seluruh jemaah haji sepanjang menjalani ibadah di Tanah Suci.

“Doakan semoga Mak Salmah dan jemaah lain diberikan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah, mendapat haji mabrur dan selamat pergi serta kembali. Ya Allah, jagakan ibuku dan seluruh jemaah haji yang lain, amin,” luahnya.

Siti turut berkongsi beberapa keping foto menyentuh hati yang merakamkan momen ketika menghantar ibunya ke pusat pengumpulan jemaah pada awal pagi.

Ruangan komen di Instagram beliau turut dihujani dengan doa dan ucapan tahniah daripada para peminat serta rakan selebriti.

“Sebaknya hati tengok TokTi peluk Mak Salmah. Semoga ibadah hajinya dipermudah dan diterima Allah,” tulis seorang pengikut.

“TokTi anak solehah. Moga Mak Salmah selamat pergi dan pulang, diberi kesihatan serta kekuatan sepanjang berada di Tanah Suci,” kata netizen lain pula.

Difahamkan, ini merupakan antara impian besar keluarga penyanyi tersohor negara itu untuk melihat ibu tersayang menunaikan rukun Islam kelima dalam keadaan sihat dan tenang.

BACA JUGA:  Fattah Amin, Amira Othman nikah 14 September ini
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Kumpulan pertama jemaah haji selamat tiba di KLIA

SEPANG - Kumpulan pertama seramai 329 jemaah haji selamat...

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...