Bas UTM terbakar dalam kampus, enam pelajar selamat

JOHOR BAHRU – Sebuah bas milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terbakar dalam satu kejadian di kawasan kampus utama UTM Johor Bahru pagi tadi, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Menurut kenyataan rasmi UTM, insiden berlaku sekitar jam 10 pagi di perhentian bas, Jalan Lingkaran Ilmu, berhadapan Blok P19a, Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Bas tersebut sedang beroperasi ketika kejadian dan terdapat enam penuntut di dalamnya, namun semuanya berjaya diselamatkan.

“Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba dengan pantas dan berjaya memadamkan kebakaran dengan segera. Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan pelajar atau staf,” kata pihak universiti.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan I Kamarulzaman Salleh, memaklumkan bahawa kebakaran dipercayai bermula apabila pemandu bas terdengar bunyi letupan di bahagian belakang sebelah kanan semasa kenderaan itu sedang bergerak.

“Pemandu memberhentikan bas dan mendapati tayar belakang kanan terbakar. Beliau cuba memadamkan api tetapi tidak berjaya, lalu menghubungi bomba. Ketika pasukan tiba, kira-kira 40 peratus bas telah terbakar. Operasi pemadaman selesai pada jam 11.06 pagi,” katanya.

UTM dalam pada itu menegaskan komitmennya terhadap aspek keselamatan kampus dan sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kebakaran serta merangka langkah penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

BACA JUGA:  Cermin kereta dipecah, pemandu diserang 10 individu bertopeng
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...