27 laporan diterima berhubung kerosakan rumah akibat gegaran pertunjukan udara LIMA\’25

LANGKAWI – Sebanyak 27 laporan polis telah diterima berhubung kerosakan kediaman penduduk kampung yang dipercayai berpunca daripada gegaran semasa pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA\’25).

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan bahawa semua laporan yang diterima akan disiasat secara menyeluruh sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Siasatan akan dijalankan terlebih dahulu bagi memastikan punca sebenar kerosakan dan selepas itu barulah ia dirujuk kepada pihak yang bertanggungjawab,” katanya kepada media.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut memberi jaminan bahawa pihak kementeriannya tidak akan mengabaikan aduan penduduk berhubung kerosakan rumah berkaitan penganjuran LIMA\’25.

Dalam perkembangan lain, Datuk Fisol turut memaklumkan bahawa sebanyak 9,000 ruang parkir disediakan di sekitar Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan 300 lagi di Resort World Langkawi sebagai kemudahan untuk pengunjung LIMA\’25 yang akan dibuka kepada orang awam bermula esok.

“Orang ramai yang ingin menyaksikan pertunjukan udara atau maritim dinasihatkan supaya datang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan dan memastikan tempat parkir tersedia,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa sebanyak 35,000 tiket dalam talian telah terjual setakat ini, menggambarkan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.

Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menjimatkan kos, beliau turut menyarankan pengunjung menggunakan perkhidmatan e-hailing rasmi LIMA\’25 iaitu MyCar, yang ditawarkan dengan kadar lebih berpatutan berbanding kenderaan persendirian.

BACA JUGA:  Rafizi nafi kaitkan Ismail Sabri, KJ dalam kes serangan anaknya
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...