Lafaz cerai ketika \’live\’, mahkamah tetapkan 21 Julai sebutan semula kes

SHAH ALAM – Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 21 Julai depan bagi sebutan kes tuntutan pengesahan lafaz cerai yang tular melibatkan pasangan pempengaruh media sosial, Khairul Aiman Abdul Kudus atau lebih dikenali sebagai Aiman Tak Kesah, dan isterinya, Siti Suriani Wahiddin, yang dikenali sebagai Siti Jamumall.

Penetapan tarikh itu dibuat selepas Khairul Aiman, 22, hadir ke mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi tadi untuk memfailkan tuntutan mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, berhubung lafaz cerai terhadap Siti Suriani, 26, yang berlaku dan tular di media sosial pada 15 Mei lalu.

Peguam syarie yang mewakili Aiman, Mohd. Noor Aizan Md. Idros, berkata tuntutan itu difailkan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh lafaz, sebagaimana yang ditetapkan undang-undang.

“Lafaz cerai itu berlaku berulang kali sebanyak empat kali. Kami telah mengemukakan dokumen mengandungi 16 perenggan pernyataan dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada lafaz itu sah serta jumlah talak yang jatuh, jika ada,” katanya ketika ditemui di perkarangan mahkamah.

Tambah beliau, tiada unsur ketidakwarasan atau pengaruh bahan terlarang semasa lafaz dilakukan, sebaliknya ia berlaku dalam keadaan emosi yang tegang antara pasangan suami isteri.

Terdahulu MYBERITA melaporkan kisah penceraian pasangan ini tular selepas Aiman melafazkan cerai secara langsung menerusi siaran TikTok, sebanyak tiga kali, sebelum siaran itu dihentikan secara mengejut.

Pasangan ini sebelum ini pernah bercerai pada 6 Mei lalu namun kembali rujuk kurang 24 jam selepas pengesahan cerai dibuat di mahkamah sama. Difahamkan, mereka berkahwin di Satun, Thailand pada 1 Jun tahun lalu.

Untuk rekod, Siti merupakan ibu kepada dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulunya yang berakhir selepas empat tahun. Anak-anak tersebut ialah Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3.

BACA JUGA:  'Influencer' didakwa rogol, amang seksual dua remaja mengaku tak salah
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...