Caprice bongkar rayuan \’influencer\’ lepas didakwa hantar gambar lucah

KUALA LUMPUR – Personaliti media sosial, Caprice, membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa seorang pempengaruh dikenali sebagai CEO Batu terlibat dalam kes gangguan seksual melibatkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Caprice mendedahkan perbualan antara seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Isha dengan individu yang didakwa sebagai CEO Batu.

Difahamkan, perbualan antara mereka bermula apabila Isha menghubungi pempengaruh terbabit melalui mesej di TikTok pada 1 November 2024. Dalam mesej tersebut, remaja berusia 14 tahun itu menyatakan hasratnya untuk menghasilkan kandungan TikTok bersama CEO Batu.

Permintaan tersebut mendapat maklum balas daripada pempengaruh berkenaan yang kemudiannya meminta nombor telefon Isha untuk berhubung melalui WhatsApp.

Namun, komunikasi tersebut bertukar menjadi insiden kurang menyenangkan apabila CEO Batu didakwa mengambil kesempatan dengan menghantar foto tidak senonoh kepada remaja terbabit.

Sementara itu, Caprice turut berkongsi tangkap layar perbualan CEO Batu yang didakwa merayu agar ibu mangsa tidak melaporkan kepada pihak polis dan mengakui kesilapannya yang terlepas pandang akan gambar tersebut.

Saya merayu sangat kak. Gambar tu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang, sebab gambar tu saya dah ambil siap-siap nak hantar dekat teman wanita saya.

Saya tengah kalut nak shoot video campsite. Kalau saya sabit kesalahan, 10 tahun saya ke dalam. Segala usaha saya selama ni semuanya akan hilang kak. Saya masih ada orang tua untuk bagi nafkah. Kalau kak nak saya sujud pun saya sanggup kak.

Bagaimanapun, setakat artikel ini diterbitkan, CEO Batu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan dirinya.

BACA JUGA:  Rakan universiti sanggup tipu kawan jual tiket 'travel' murah, mangsa rugi hampir RM2 juta
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...