Sultan Brunei dimasukkan ke IJN – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Selasa kerana mengalami keletihan sewaktu menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan ASEAN-GCC-China di ibu negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa keberadaan baginda di IJN adalah bagi tujuan berehat dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Baginda berasa sedikit letih, jadi beliau berehat di Institut Jantung Negara,” katanya dalam sidang media di sini.

Sumber kerajaan memaklumkan kepada agensi berita AFP bahawa Sultan Hassanal, 78, dimasukkan ke IJN antara sesi mesyuarat penting dalam sidang kemuncak tersebut.

Hospital itu turut dikenalpasti sebagai fasiliti kesihatan rasmi bagi menerima tetamu kenamaan sepanjang acara berlangsung.

Baginda yang menaiki takhta pada 1967 kini merupakan pemerintah monarki paling lama di dunia dan antara individu terkaya secara peribadi.

Pemerintahannya membawa kejayaan ekonomi serta kemerdekaan penuh Brunei daripada Britain, namun turut dikaitkan dengan pengenalan undang-undang syariah yang ketat.

Difahamkan, keadaan kesihatan baginda tidak membimbangkan dan beliau kini berehat di bawah pengawasan pakar perubatan IJN.

BACA JUGA:  PU Rahmat mohon maaf lepas bergurau ‘sama-sama banduan’ dengan PMX
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...

“Ada yang manis selain kamu”, ‘Semanis’ jadi kopi pilihan utama pelajar di USM

GEORGE TOWN - Bermula sekadar inisiatif menjana pendapatan ketika...

Rakan universiti sanggup tipu kawan jual tiket ‘travel’ murah, mangsa rugi hampir RM2 juta

KUALA LUMPUR – Seorang individu mendakwa menjadi mangsa penipuan...

Cubaan tidak senonoh terhadap pramugari, lelaki diturunkan dari pesawat

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman...