Sabtu | 17/10/2026 | 1:56:59 pm
HomeTerkiniPU Rahmat mohon maaf lepas bergurau ‘sama-sama banduan’ dengan PMX

PU Rahmat mohon maaf lepas bergurau ‘sama-sama banduan’ dengan PMX

KUALA LUMPUR – Aktivis kemanusiaan dan pendakwah, PU Rahmat menjadi perhatian warganet selepas bergurau menyatakan beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim “sama-sama banduan” ketika berucap di malam Solidariti Sumud Flotilla yang berlangsung di Axiata Arena, malam tadi.

Namun, gurauan tersebut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai yang menganggap ia tidak sesuai diungkapkan secara terbuka, apatah lagi melibatkan pemimpin tertinggi negara yang wajar dihormati.

Menyedari kekeliruan yang timbul, PU Rahmat tampil memohon maaf secara terbuka menerusi hantaran di Facebook, menjelaskan bahawa kenyataannya itu tidak berniat untuk menghina atau memperlekehkan sesiapa.

Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
Wartawan MYBERITA yang membuat liputan berita semasa, isu nasional dan perkembangan terkini dalam negara.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 17 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|