3,000 wira hutan dilantik, usaha BP3 beri impak positif tangani pemburuan haram

PULAU PINANG – Inisiatif kerajaan melalui program Bantuan Perlindungan dan Pengawasan Perhutanan (BP3) dan program Smart Patrol bernilai RM80 juta kini menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Dr Ching Thoo a/l Kim, berkata, setakat ini, lebih 3,000 individu termasuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia serta komuniti Orang Asli akan dilantik bagi membantu usaha rondaan hutan.

Langkah ini bertujuan membanteras aktiviti pemburuan haram dan pencerobohan kawasan hutan.

“Kesan positif telah mula kelihatan. Jumlah kes pencerobohan dan pemburuan haram dilaporkan semakin berkurang berdasarkan maklum balas daripada pasukan di lapangan,” katanya ketika ditemui media semasa Jelajah Kelestarian 2.0 di Dewan Persidangan Utama (DPU), Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan juga meneruskan program Bantuan Kemusnahan Haiwan dan Tanaman (PKHT) yang memberi pampasan kepada pemilik ladang atau kebun yang terjejas akibat serangan haiwan liar seperti gajah dan monyet.

“PKHT yang bermula tahun lalu menerima peruntukan RM10 juta, namun hanya sekitar 10 peratus daripadanya dimohon. Tahun ini, kami telah menerima tambahan RM1.5 juta,” ujar beliau.

Beliau menjelaskan bahawa kadar permohonan yang rendah mungkin disebabkan kurangnya kesedaran atau kebimbangan dalam kalangan penduduk untuk mengemukakan tuntutan. Justeru, pihak kementerian kini mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar bayaran pampasan daripada 50% kepada 60% bagi menarik lebih ramai pemohon.

“Antara kawasan paling terjejas adalah Johor, Kelantan dan Pahang, dengan serangan gajah dilaporkan sebagai kes tertinggi,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ching turut memaklumkan bahawa rang undang-undang berkaitan pemuliharaan sumber asli dijangka akan dibentangkan dalam sesi Parlimen akan datang sekitar bulan Ogos. Draf rang undang-undang tersebut kini berada dalam proses semakan terakhir oleh Jawatankuasa Teknikal dan agensi berkaitan.

BACA JUGA:  Semakan keputusan Program Matrikulasi 2025/2026 dibuka hari ini

Sementara itu, berkaitan sasaran tenaga boleh diperbaharui (RE), beliau menjelaskan bahawa Malaysia telah mencapai 95% daripada sasaran jangka pendek yang ditetapkan oleh pelan tindakan, manakala sasaran keseluruhan adalah mencapai 70% menjelang 2030. Namun, berdasarkan data Petra, pencapaian semasa dianggarkan sekitar 40%.

“Kita masih berada di landasan yang betul dan akan terus memperkukuh usaha untuk mencapai matlamat kelestarian alam sekitar negara,” katanya.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...