Semakan keputusan Program Matrikulasi 2025 2026 dibuka hari ini

KONGSI

KUALA LUMPUR – Semakan keputusan calon yang layak ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi 2025/2026 boleh mula dibuat mulai pukul 10 pagi ini.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan KPM, pelajar yang telah mengemukakan permohonan sebelum ini boleh membuat semakan keputusan masing-masing menerusi laman sesawang rasmi di https://matrikulasi.moe.gov.my.

Bagi pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan, permohonan rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian bermula hari ini sehingga 21 Jun 2025.

ARTIKEL BERKAITAN