Nyaris maut, kereta terbalik dua kali lepas bergesel

TAPAH – Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 349.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dari Sungkai ke Bidor pada Isnin, meskipun video kejadian tersebut tular di media sosial.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11.45 pagi itu, kedua-dua pemandu seorang wanita berusia 23 tahun dan lelaki berumur 42 tahun, dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Johari Yahya berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu wanita terbabit hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah Toyota Vios yang berada di lorong kiri lebuh raya.

“Akibat pelanggaran itu, Toyota Vios terbabas lalu berpusing dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan, manakala Perodua Bezza turut berpusing sebelum terbalik di lorong kiri lebuh raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati keadaan jalan ketika kejadian adalah lurus, dua lorong dan dipisahkan pembahagi jalan, dengan permukaan kering serta cuaca baik.

Tambahnya, tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

“Dalam kes ini, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, belakang serta beberapa bahagian lain,” jelasnya.

Kejadian itu menarik perhatian ramai selepas video berdurasi kurang seminit dari kamera papan pemuka (dashcam) tular, menunjukkan detik dramatik dua kereta berpusing, dengan salah satunya terbalik di tengah laluan.

Insiden berkenaan turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya melahirkan rasa cemas dan lega kerana tiada nyawa terkorban.

BACA JUGA:  Pelajar pelbagai kaum raikan Aidilfitri, siap berbaju Melayu dan kurung lagi
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...