Masih boleh guna gas LPG subsidi sehingga pindaan muktamad – Armizan

PUTRAJAYA – Peniaga mikro dan kecil dalam sektor makanan dan minuman dibenarkan terus menggunakan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi tanpa perlu memiliki permit khas, sehingga pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 2021 dimuktamadkan pada Oktober ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, dalam tempoh peralihan itu, tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap golongan peniaga terbabit.

“Malah, mereka masih boleh mendapatkan bekalan LPG bersubsidi seperti biasa walaupun tidak memiliki permit, selagi pindaan belum dikuatkuasakan,” katanya pada sidang media di kementeriannya, hari ini.

Menurut beliau, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju dengan syor KPDN untuk meminda peraturan yang mula dikuatkuasakan pada 15 Oktober 2021 di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Pindaan ini mengambil kira keperluan peniaga kecil dan mikro secara bersasar serta memastikan kejelasan dari sudut pematuhan dan penguatkuasaan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pindaan dijangka dimuktamadkan sebaik sahaja Ops Gasak tamat pada 31 Oktober, yang kini sedang dilaksanakan bagi membanteras ketirisan LPG termasuk aktiviti \’decanting\’ haram dan penyalahgunaan oleh pihak industri.

“Laporan Ops Gasak akan menjadi asas penting bagi penyediaan undang-undang yang lebih inklusif dan sesuai, khusus untuk peniaga kecil,” katanya.

Proses pindaan tersebut kini diselaras menerusi Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan pada 1 Mei lalu dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPDN, dengan penyertaan pelbagai kementerian serta agensi berkaitan.

“Kita turut mengadakan sesi libat urus bersama 10 persatuan perniagaan makanan dan minuman esok, agar setiap cadangan yang dikemukakan dapat membantu menghasilkan peraturan yang menyeluruh dan berkesan,” kata Armizan.

Untuk rekod, PPKB (Pindaan) 2021 ketika ini mengehadkan pemilikan dan penggunaan LPG bersubsidi melebihi 42 kilogram pada satu-satu masa tanpa Permit Barang Kawalan Berjadual.

BACA JUGA:  'LASSO Music' sedang menyala di pentas Malaysia
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...