Aliran trafik ke pantai timur perlahan, warga kota mula pulang beraya

KUALA LUMPUR — Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan masih perlahan pagi ini, berikutan warga kota mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang berbaki sehari sahaja lagi.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sekitar jam 11 pagi menunjukkan kesesakan berlaku dari arah Gombak menghala ke Pantai Timur, susulan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya berkenaan.

Sementara itu, aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan juga menunjukkan keadaan sedikit perlahan, terutamanya di laluan menuju ke pusat bandar dari Plaza Tol Sungai Besi.

Bagaimanapun, keadaan trafik di laluan arah utara masih lancar walaupun terdapat peningkatan jumlah kenderaan sejak awal pagi tadi.

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dengan bijak, mematuhi peraturan jalan raya serta menggunakan aplikasi navigasi atau laman sosial rasmi LLM bagi mendapatkan maklumat trafik terkini.

BACA JUGA:  Smart City Kuala Lumpur perlu akarnya pada warisan bangsa – PM Anwar
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...