Ribut petir landa Johor, Sarawak hingga tengah hari ini – MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Johor dan Sarawak yang dijangka berterusan hingga pukul 12 tengah hari.

Dalam satu kenyataan rasmi, MetMalaysia memaklumkan bahawa hujan lebat berserta ribut petir diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Johor, khususnya daerah Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di Sarawak termasuk kawasan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu),” menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat terkini cuaca dan mengambil langkah berjaga-jaga, terutama mereka yang berada di kawasan terlibat.

MetMalaysia turut menyarankan agar orang awam merujuk saluran rasmi jabatan itu dan memuat turun aplikasi MyCuaca untuk maklumat terkini dan sahih berkaitan cuaca semasa.

BACA JUGA:  RM400 untuk satu petak 'parking', Faiz dedah caj tapak niaga beban peniaga kecil
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...