Tragedi UPSI: KPT sedia salur bantuan kepada mangsa nahas

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyalurkan segala bentuk bantuan yang diperlukan kepada mangsa dan keluarga mangsa kemalangan tragis yang melibatkan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, awal pagi tadi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, menerusi hantaran di Facebook, turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden menyayat hati tersebut.

“Salam takziah untuk keluarga mangsa kemalangan yang turut melibatkan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris awal pagi tadi. Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini. KPT akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan,” katanya dalam hantaran berkenaan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 15 individu maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dengan sebuah Perodua Alza di JRTB, Gerik, pada pagi yang sama.

Difahamkan, bas UPSI itu dalam perjalanan ke kampus universiti berkenaan dari Jerteh, Terengganu.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Banun menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 1.10 pagi.

Anggota APM yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.11 pagi mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dengan sebuah bas yang telah terbalik.

“Anggota APM telah membawa beberapa mangsa yang cedera ke Hospital Gerik, antaranya mereka yang mengalami kecederaan patah tangan, patah kaki dan cedera ringan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian dan pihak berkuasa terus memantau situasi dan menyediakan sokongan sewajarnya kepada semua yang terlibat.

BACA JUGA:  ‘Saya tiada niat’, pemuda tampil mohon maaf isu video sensitif mangsa kemalangan bas UPSI
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...