Tragedi UPSI: Bau wangi ketika operasi selamat undang tanda tanya

GERIK – Kejadian kemalangan maut membabitkan bas persiaran yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Isnin lalu, terus mencuri perhatian masyarakat apabila tular perkongsian mengenai bau wangi yang dikatakan muncul semasa operasi menyelamat dijalankan.

Menerusi sebuah hantaran di TikTok, seorang pengguna mendakwa mengalami kejadian luar biasa ketika berada di lokasi kejadian antara jam 2 hingga 5 pagi.

“Korang nak tahu tak, masa tengah operasi keluarkan adik-adik UPSI tu, kawasan itu bau wangi sangat-sangat,” katanya dalam video yang dimuat naik pada hari kejadian.

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi warganet, yang rata-ratanya meluahkan rasa sedih dan mendoakan kesejahteraan roh mangsa yang terkorban.

Dalam kejadian menyayat hati itu, bas yang membawa 44 penumpang termasuk dua pemandu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Alza yang dinaiki empat orang di selekoh Kilometer 53, JRTB Gerik–Jeli. Sebanyak 13 penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital. Kesemua mangsa yang terkorban adalah penuntut UPSI.

Ketua Balai Bomba Gerik, Mohd. Azizan Aziz ketika diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut menyatakan beliau tidak dapat mengesahkan kewujudan bau wangi itu.

“Namun tidak mustahil jika bau tersebut datang daripada barangan peribadi para pelajar seperti alat pewangi yang mungkin bertaburan akibat kemalangan,” katanya.

Sementara itu, seorang pemandu kenderaan berat yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal berkata, kawasan kemalangan yang terletak di puncak Banjaran Titiwangsa sememangnya terkenal dalam kalangan pemandu dan sering dianggap kawasan berisiko tinggi.

“Kami memang lebih berwaspada apabila melalui kawasan itu, terutamanya waktu malam dan awal pagi,” katanya.

Tragedi tersebut terus meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat, bukan sahaja kerana jumlah korban yang tinggi, tetapi juga kerana kisah-kisah menyentuh hati yang menyusul selepasnya.

BACA JUGA:  Lapan negeri dijangka alami cuaca buruk sehingga 7 malam ini – MetMalaysia
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...