Sabtu | 10/10/2026 | 6:58:35 am
HomeSemasaTragedi UPSI: Konvoi barangan peribadi 15 pelajar terkorban selamat tiba di Jerteh

Tragedi UPSI: Konvoi barangan peribadi 15 pelajar terkorban selamat tiba di Jerteh

JERTEH – Suasana pilu menyelubungi pekarangan Masjid Hadhari di sini apabila konvoi membawa barangan peribadi 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan di Tasik Banding, Gerik tiba pada pagi ini.

Konvoi berkenaan melibatkan 11 sukarelawan terdiri daripada kakitangan dan pelajar UPSI yang diketuai oleh Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof. Dr. Mohd. Azlan Nafiah, tiba tepat jam 10.15 pagi.

Menurut Mohd. Azlan, ruang legar masjid dijadikan pusat pengumpulan barangan peribadi semua mangsa sebelum diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 10 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|