Tragedi UPSI: Loke \’warning\’ pemandu bas agar tidak buat dakwaan tanpa asas

GERIK – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini memberi amaran keras kepada pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan maut meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), agar tidak membuat sebarang dakwaan tidak berasas mengenai nahas itu.

Beliau mengulas kenyataan pemandu terbabit yang mendakwa brek bas gagal berfungsi semasa kejadian, dengan menegaskan siasatan forensik dan mekanikal akan membuktikan kebenaran atau sebaliknya dakwaan tersebut.

“Brek tidak berfungsi itu adalah perkara yang boleh kita buktikan sama ada betul atau tidak.

\”Jangan kita terima bulat-bulat dakwaan pemandu itu, kerana siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik selepas meninjau bangkai bas terbabit, hari ini.


Menurut beliau, siasatan turut meneliti aspek lain termasuk rakaman video yang menunjukkan bas dipandu laju dan memotong kenderaan lain di selekoh sebelum terbalik.

Anthony turut menegaskan bahawa tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap syarikat pengendali bas jika didapati cuai dalam mengendalikan perkhidmatan.

“Sekiranya syarikat terbabit gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan sewajarnya, tindakan undang-undang akan diambil termasuk kemungkinan diheret ke mahkamah,” tegasnya.


Nahas tragik itu berlaku awal pagi Isnin lalu di Kilometer 53 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak dan melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 42 pelajar UPSI.

BACA JUGA:  Lesen PSV pemandu Grab didakwa lakukan gangguan seksual dibatal serta-merta
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...