Kes tembak di Brickfield berkait dengan kongsi gelap – Polis

KUALA LUMPUR – Dua kejadian tembakan yang berlaku dalam tempoh empat hari di Brickfields dan Cheras baru-baru ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan kongsi gelap.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, hasil siasatan awal mendapati wujud unsur jenayah terancang dalam kedua-dua kes berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis masih belum dapat mengesahkan sama ada suspek terlibat adalah individu yang diupah atau sebaliknya.

“Siasatan masih dijalankan dan kita sedang giat memburu kesemua suspek terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di ibu negara kekal terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang walaupun dua insiden tembakan berlaku dalam masa singkat.

Beliau berkata, kedua-dua kejadian dipercayai menyasarkan individu tertentu yang mempunyai kaitan dengan perseteruan jenayah.

Dalam kejadian di Jalan Loke Yew, Cheras pada tengah malam Isnin lalu, dua lelaki dilaporkan ditembak di hadapan sebuah kompleks beli-belah.

Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada konflik berkaitan aktiviti penyeludupan di Sibu, Sarawak.

Sementara itu, insiden tembakan di Brickfields pada Jumaat lepas pula dikaitkan dengan konflik jenayah yang dikatakan berpunca dari Selangor.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa turut mengesahkan bahawa kedua-dua kes tersebut dipercayai melibatkan permasalahan yang bermula di luar Kuala Lumpur sebelum merebak ke kawasan ibu negara.

Polis dalam masa sama menyeru orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan.

BACA JUGA:  Ali, Muthu & Ah Hock cipta sejarah ‘Malaysia Book of Record’ dengan jualan nasi lemak tertinggi
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...