Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs mengambil inisiatif unik apabila menghanyutkan bekalan coklat yang dibawanya ke laut selepas pergerakan Misi Konvoi Darat Global Sumud (GSF) menuju ke Gaza terpaksa dihentikan sementara.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Haroqs dilihat berada di atas sebuah bot di tengah laut sambil memegang sebungkus plastik besar yang dipenuhi coklat untuk disalurkan kepada kanak-kanak di Gaza.

“Inilah coklat yang saya bawa untuk anak-anak Gaza tapi…,” katanya ringkas sebelum bertindak melontarkan coklat-coklat tersebut ke dalam laut.

Menurut Haroqs, tindakan itu dilakukan dengan harapan bekalan tersebut secara simbolik dapat “sampai” kepada anak-anak kecil di Gaza yang sedang berdepan krisis kemanusiaan.

“Semoga coklat-coklat ini sampai ke anak-anak Gaza,” ujarnya dalam video berkenaan.

Tindakan tersebut mengundang perhatian ramai warganet yang melihatnya sebagai satu bentuk solidariti dan simbol keazaman bahawa bantuan serta harapan akan sentiasa mencari jalan untuk tiba di Gaza walaupun berdepan pelbagai halangan.

BACA JUGA:  Bella Astillah sedih, Ayden diejek ‘anak yatim’ di sekolah
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...