Eyka selamat bersalin, Akhyar Rashid sebak ketika sambut cahaya mata sulung

KUALA LUMPUR – Pelakon Eyka Farhana berkongsi detik penuh emosi apabila selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki secara normal pada 16 Mei lalu.

Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmiz, 31, berkata, pengalaman pertama bergelar ibu menjadi momen paling indah dalam hidupnya sehingga segala kesakitan ketika proses bersalin terasa hilang sebaik melihat wajah bayi lelaki tersebut.

Menurut Eyka, bayi yang diberi nama Muhammad Luay Khayr Muhammad Akhyar itu kini menjadi anugerah paling bermakna buat dirinya dan suami.

“Masya-Allah, momen paling indah berlaku pada 16 Mei 2026. Alhamdulillah, Baby L selamat dilahirkan secara normal.

“Kesemua kesakitan hilang sekelip mata ketika saya melihat wajah kecil awak sayang.

“Selamat datang ke dunia hero saya, Muhammad Luay Khayr Muhammad Akhyar,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian sama, Eyka turut meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan zuriat pertama selain menyifatkan bayi tersebut sebagai sebahagian daripada jiwa mereka berdua.

“Awak disayangi, berharga dan menjadi sebahagian jiwa kami.

“Kami menyayangi awak lebih daripada sebarang kata-kata yang terucap,” katanya lagi.

Perkongsian itu turut mencuri perhatian ramai apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Akhyar Rashid dilihat tidak dapat menahan sebak selepas bergelar bapa buat kali pertama.

Terdahulu, pasangan itu mengumumkan jantina bayi lelaki mereka pada April lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2024.

BACA JUGA:  Nylea Adzlan juara Dewi Remaja 2025
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...