KUALA LUMPUR – Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Rabu, 27 Mei ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jaladudin, sebentar tadi.
Beliau berkata, pengisytiharan tersebut dibuat bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1447 Hijrah ialah pada 18 Mei 2026 Masihi.
“Oleh yang demikian Hari Raya Korban, 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 27 Mei 2026 Masihi,” katanya hari ini.

