Bella Astillah sedih, Ayden diejek ‘anak yatim’ di sekolah

PUTRAJAYA – Selebriti Bella Astillah meluahkan rasa sedih apabila anak sulungnya, Mohamad Ayden Adrean Mohd. Aliff, 8, menjadi mangsa buli di sekolah sehingga diejek sebagai “anak yatim” oleh seorang murid perempuan di sekolah agama.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, berkata kejadian itu melibatkan buli secara emosi dan fizikal, namun isu tersebut telah diselesaikan selepas beliau bersemuka dengan keluarga pelaku, pihak sekolah, dan pelaku itu sendiri.

“Paling sedih bila ada yang menjerit dan memanggil Ayden di sekolah agama sebagai anak yatim. Saya ada jumpa pelaku itu sendiri, nasihat dia, dan minta Ayden supaya lebih kuat selepas ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman pensijilan Halal Thong Bowl di IOI City Mall, di sini, Jumaat ini.

Menurut Bella, beliau turut meminta bantuan ustazah di sekolah agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Dalam pada itu, Bella melahirkan rasa teruja dapat bekerjasama dalam kempen restoran Thong Bowl yang baru memperoleh sijil halal bagi cawangan di IOI City Mall.

Ayden adalah hasil perkahwinan Bella dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Pasangan itu turut dikurniakan seorang anak perempuan, Ara Adreanna, sebelum bercerai pada 13 Jun 2024.

BACA JUGA:  Najib gagal singkir Hakim Alice Loke
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...