SHAH ALAM – Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Adrian Adam menerima tawaran istimewa daripada seorang komposer dan pemilik syarikat rakaman hanya kira-kira 30 minit selepas membuat persembahan dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2), malam tadi.
Amyza, 49, berkata tawaran tersebut hadir secara tidak disangka selepas individu terbabit menonton persembahan Adrian dalam konsert kelima program berkenaan.
âSebelum ini memang pernah terdetik dalam hati, kalaulah ada mana-mana komposer yang sudi menghasilkan lagu untuk Adrian.
âTetapi saya tidak sangka Allah gerakkan hati individu tersebut. Ini rezeki yang langsung tak dijangka.
âIndividu itu menghantar WhatsApp dan menawarkan untuk menghasilkan lagu buat Adrian sejurus selepas persembahan tadi,â katanya.
Sementara itu, Adrian meluahkan rasa terharu dan menganggap peluang tersebut sebagai pembakar semangat untuk terus melawan kanser tulang yang dihidapinya.
âRasa terkejut, tak sangka dan gembira. Insya-Allah saya bersedia untuk mengikuti kelas vokal dan membuat persediaan bagi lagu ini.
âMungkin ini menjadi pemangkin semangat untuk saya terus berjuang. Saya anggap nyanyian sebagai satu terapi untuk kesihatan mental.
âSebenarnya saya okey dengan mana-mana komposer. Bagi saya dapat penulisan daripada mereka dikira benda yang perlu dihargai,â katanya.
Baru-baru ini, Adrian tampil membuat kemunculan istimewa di pentas TTMM2 dengan menyampaikan lagu Ku Mohon nyanyian asal Sheila Majid sambil berkerusi roda.
Persembahan tersebut menerima tepukan gemuruh penonton selain mendapat âstanding ovationâ daripada barisan juri dan penonton yang hadir.
Adrian sebelum ini sepatutnya menjadi salah seorang peserta TTMM2, namun terpaksa menarik diri susulan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Pada Februari lalu, anak kedua Amyza itu disahkan menghidap kanser tulang dan kini sedang menjalani rawatan alternatif bagi melawan penyakit berkenaan.

