UTM lonjak 28 posisi, kini ke-153 terbaik dunia

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mencatat sejarah apabila berjaya berada di kedudukan ke-153 dunia menerusi penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings (WUR) 2026.

Kedudukan terbaharu itu menyaksikan UTM melonjak 28 anak tangga berbanding tahun sebelumnya dan menunjukkan peningkatan keseluruhan sebanyak 50 anak tangga sejak tahun 2023.

Pencapaian ini sekaligus meletakkan UTM dalam kelompok 10 peratus teratas universiti terbaik dunia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, lonjakan ketara UTM disumbangkan oleh peningkatan dalam beberapa indikator utama seperti Jaringan Penyelidikan Antarabangsa yang melonjak sebanyak 112 anak tangga dan Sitasi per Staf Akademik yang meningkat 45 anak tangga.

Selain itu, Reputasi Akademik UTM juga memperlihatkan peningkatan sebanyak lapan anak tangga.

Indikator ini menyumbang sebanyak 31.1 peratus dalam keseluruhan penarafan dan menunjukkan pengiktirafan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap institusi ini.

Peningkatan 28 anak tangga dalam indikator Nisbah Pensyarah-Pelajar turut menggambarkan komitmen UTM dalam menyediakan kualiti pengajaran yang tinggi serta sokongan akademik yang kukuh.

UTM juga berada di kedudukan ke-132 dunia bagi Kepelbagaian Pelajar Antarabangsa, hasil kehadiran pelajar dari 85 buah negara di kampusnya.

QS WUR 2026 menilai lebih 8,467 institusi pendidikan tinggi di seluruh dunia, dengan hanya 1,501 universiti yang berjaya tersenarai.

Penilaian dilakukan berdasarkan pelbagai kriteria termasuk pengajaran, impak penyelidikan, reputasi akademik, penglibatan majikan, pengantarabangsaan serta kelestarian.

Di peringkat nasional, UTM kekal sebagai satu daripada lima universiti penyelidikan utama negara yang cemerlang dalam indikator teras seiring dengan aspirasi negara dan piawaian global.

Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti hala tuju UTM dalam menjadi universiti penyelidikan berasaskan inovasi, khususnya dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

BACA JUGA:  PTPTN sahkan dasar pengecualian bayaran pinjaman tidak pernah ditarik balik

Beliau turut menegaskan bahawa UTM kekal berpegang kepada misinya untuk memanusiakan dan mendemokrasikan ilmu serta memastikan inovasi yang dihasilkan benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat.

Katanya lagi, peningkatan dalam penarafan global ini mencerminkan strategi berfokus universiti dalam menyatukan ketelitian akademik dengan impak sosial yang lebih besar.

Beliau menambah bahawa UTM akan terus mempertingkat komitmen terhadap penyelidikan berimpak tinggi, pendidikan inklusif dan penglibatan aktif di peringkat antarabangsa, selaras dengan perkembangan indikator global baharu seperti kelestarian dan kepelbagaian.

Sebagai institusi yang berteraskan nilai, prinsip \’Menginovasi Penyelesaian Lestari\’ dijadikan panduan utama universiti, bersesuaian dengan moto \’Kerana Tuhan untuk Manusia\’.

UTM turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja, pelajar, alumni serta rakan kerjasama antarabangsa yang terus menyumbang kepada pengukuhan reputasinya di persada global.

Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...