Wartawan obor demokrasi, bukan ancaman negara

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menyifatkan golongan wartawan sebagai penjaga nurani demokrasi yang memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat ke arah kebenaran dan keadilan.

Berucap ketika merasmikan Malam Wartawan Malaysia 2025 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) 2024 di sini malam tadi, beliau menegaskan bahawa kebebasan media yang beretika bukanlah satu ancaman, sebaliknya menjadi benteng terakhir dalam mengekang kezaliman serta manipulasi maklumat.

“Pena dan lensa saudara-saudari ibarat obor yang menerangi jalan demokrasi, menuntun masyarakat keluar daripada kegelapan penindasan dan kejahilan,” katanya di hadapan ratusan pengamal media, editor dan tokoh komunikasi yang hadir.

Majlis tahunan anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) dengan kerjasama Petronas selaku penaja utama itu menghimpunkan warga media dari seluruh negara bagi meraikan pencapaian cemerlang dunia kewartawanan.

Dalam ucapannya, Zambry turut menyentuh cabaran besar yang dihadapi wartawan dalam era digital masa kini, antaranya ledakan maklumat, penyebaran berita palsu serta fenomena ‘filter bubble’ yang mengehadkan kepelbagaian sudut pandang.

“Apabila audien terperangkap dalam gelembung ini, fungsi wartawan sebagai penyampai kebenaran menjadi lebih mencabar. Wartawan perlu memecahkan dinding gema ini melalui laporan yang inklusif dan berimbang,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan mengenai bahaya era pasca-kebenaran (post-truth) yang menyuburkan teori konspirasi dan merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap media arus perdana.

Justeru, Zambry menyeru agar wartawan kembali kepada asas kewartawanan – berpaksikan kebenaran dan tanggungjawab sosial – dalam menghadapi gelombang teknologi serta permainan emosi dalam ruang digital.

“Tugas kita bukan untuk menggembirakan pemerintah atau memburukkan mereka, tetapi menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar dengan fakta dan hujah,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau memuji usaha MPI dalam memartabatkan profesion kewartawanan menerusi penganjuran anugerah berprestij, latihan profesional dan inisiatif ilmiah seperti penerbitan jurnal E-Kewartawanan pertama di Malaysia.

BACA JUGA:  “Kalau jauh dari jantung, teruskan je", Evertts Gomes nekad beraksi walaupun bahu terkehel

Zambry turut menekankan pentingnya kerjasama erat antara institusi pengajian tinggi dan organisasi media bagi melahirkan wartawan yang berilmu, beretika serta peka terhadap isu semasa termasuk kecerdasan buatan (AI), undang-undang siber dan analitik data.

Majlis malam ini turut menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah kewartawanan bagi mengiktiraf karya terbaik yang memberi impak kepada masyarakat dan negara.

Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...