Selasa | 27/10/2026 | 1:19:25 pm
HomeJenayahBekas finalis MasterChef Malaysia, suami dipenjara 34 tahun, bunuh pembantu rumah

Bekas finalis MasterChef Malaysia, suami dipenjara 34 tahun, bunuh pembantu rumah

KUALA LUMPUR – Bekas finalis rancangan realiti masakan MasterChef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd. Sulong bersama bekas suaminya, Mohammad Ambree Yunos @ Unos, dijatuhi hukuman penjara 34 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah mereka empat tahun lalu.

Hakim Datuk Dr. Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman tersebut selepas mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh bersalah membunuh Nur Afiyah Daeng Damin, 28, di sebuah kondominium di Penampang antara 8 hingga 11 Disember 2021.

Mohammad Ambree, 44, turut dikenakan hukuman 12 sebatan, manakala Etiqah, 37, dikecualikan secara mandatori daripada hukuman itu atas faktor jantina mengikut Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|