Sabtu | 10/10/2026 | 6:51:38 am
HomeNasionalMesyuarat ASEAN, trafik lancar, tiada penutupan jalan

Mesyuarat ASEAN, trafik lancar, tiada penutupan jalan

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengesahkan bahawa tiada penutupan jalan akan dilakukan sempena penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 8 hingga 11 Julai ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu diambil bagi memastikan kelancaran pergerakan orang awam dan pengguna jalan raya di sekitar ibu negara.

“Tidak akan ada penutupan jalan untuk acara Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 tersebut. Jadi orang ramai boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 10 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|