Jenazah enam sekeluarga ditemui lemas selamat dikebumi

ALOR SETAR – Hujan renyai mengiringi suasana pilu ketika jenazah enam sekeluarga yang ditemukan lemas di dalam kereta di Sungai Korok, Jitra, dikeluarkan dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira jam 9.25 malam tadi.

Mangsa terdiri daripada Mohamad Azim Izat Ishak, 32; isteri beliau, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31; serta empat anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan Tuah Haydar, enam bulan.

Lima van jenazah digunakan bagi membawa kesemua jenazah ke Masjid Al Taqwa, Jerlun, untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor Karang, Ayer Hitam malam tadi.

Menurut laporan, proses bedah siasat selesai sekitar jam 6.30 petang sebelum jenazah dimandikan, dikafan dan disembahyangkan di Jabatan Forensik HSB.

Sebelum ini, MYBERITA melaporkan bahawa keenam-enam mangsa dilaporkan hilang selepas tidak pulang dari rumah ahli keluarga mereka di Taman Sri Aman, Jitra, sejak Sabtu lalu. Mereka ditemukan lemas dalam sebuah kereta yang tenggelam di Sungai Korok pagi semalam.

Kejadian menyayat hati ini mengundang simpati orang ramai yang turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada keluarga malang tersebut.

BACA JUGA:  lebih 50 ribu nyawa terkorban sejak Oktober 2023 angkara kezaliman Israel
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...